Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Solomon Islands dan Papua New Guinea pada jendea FIFA bulan Jun ini.

Seramai 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat di Kuala Terengganu, Terengganu bermula 10 Jun 2023 bagi persiapan untuk aksi pada 14 dan 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Ketua pasukan sebelum ini, Dion Cools tidak dipanggil kerana pemain itu melangsungkan pernikahan sekaligus pemain baharu bakal diberikan kepercayaan sebagai ketua pasukan.

Berikut adalah tiga pemain yang berpotensi untuk dijadikan sebagai ketua pasukan skuad Harimau Malaya bagi aksi menentang Solomon Islands dan Papua New Guinea.

1. Natxo Insa

Insa
Sumber Gambar: FAM

Natxo kembali dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan setelah kali terakhir pada 2018 ketika dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe.

Ketika tampil buat kali pertama menentang Mongolia, Natxo juga diberikan lilitan kapten dan tidak mustahil Pan-gon memilih pemain itu sebagai ketua pasukan ekoran pengalaman luas dalam saingan liga domestik.

2. Safawi Rasid

Safawi Rasid
Safawi Rasid

Safawi dipilih sebagai ketua pasukan ketika kempen Piala AFF Mitsubishi pada awal tahun ini yang mana Malaysia mara sehingga ke separuh akhir.

Safawi menjadi pilihan utama bagi jawatan ketua pasukan kali ini melihat kepada pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan.

3. Mukhairi Ajmal
Harimau Malaya

Sekiranya Pan-gon mahu bereksperimen untuk jawatan ketua pasukan, maka Mukhairi adalah jawapan tepat kepada langkah Pan-gon.

Mukhairi ketika ini memegang portfolio sebagai ketua pasukan skuad B-23 Tahun negara dan juga bersama Selangor dimana beliau menggantikan Brendan Gan yang sedang dalam fasa pemulihan daripada kecederaan.